Bila Allah berbicara….

3 12 2009

Assalamualaikum w.b.t

Agak lama blog ni x di update… nak dikatakan sibuk, mungkin juga…akan tetapi lebih kepada sifat malas dalam diri yang semakin menebal, membentuk keperibadian yang semakin tidak terurus, memendakkan seribu satu penyakit dalam diri.

Alhamdulillah, selaju arus diri ini hanyut, selaju itu juga Khaliq menarik kembali diri ini…mungkin diri ini masih disayangi..insya-Allah.

Medical check-up tggl final stage…hari ni jumpa doktor. Nombor giliran tertera di papan nombor. Aku pun masuk. Doktor mula check satu persatu, akhirnya tinggal blood pressure test. “Tinggi ni,” kata doktor melihat bacaan 160/100. Saya akan refer awak ke main hospital, katanya lagi.

Lebih kurang seminggu lebih seterusnya, aku ke Medical Outpatient Dept, Hospital Taiping. Aku dibawa berjumpa Dr. Khor, MD(UKM). “ok, basically, 95% of hypertension is above 40, but unluckily, you are in the 5%”, aku mendengar penerangan doktor. Sambungnya lagi, ” in this 5%, it’s hard to treat. Normally, it has 3 main reason. The first one is endocrine, second is because of small blood stream and the 3rd one is because of kidney, and I don’t think yours is because of the first two”. Ah, sudah… ya Allah, masalah buah pinggang? dalam usia muda? Bermacam-macam di dalam fikiran, memikirkan kesulitan yang bakal dihadapi. Aku tabahkan hati mendengar penjelasan doktor. “Right now, you’ll go for the tests and then, we’ll see if you need surgery”. Pembedahan? x mungkin teruk sangat keadaan buah pinggang aku? baru kelmarin aku ke homeopati sahabat aku, katanya buah pinggang ok, diagnosis melalui mata. Aku pulang membawa ubat Amlodipine yang diberinya untuk menurunkan tekanan darah…

Setibanya di rumah, aku ceritakan kepada orang tuaku…dengan penuh debaran. “Takpa, petang ni kita ke Klinik Specialist”, katanya. Aku mendengar dengan penuh harapan.

Petangnya, aku ke klinik, berjumpa dgn Dr Low, seorang consultant physician. Beliau pernah merawat aku ketika aku pertama kali disahkan menghidap jangkitan kuman di buah pinggang. Aku menceritakan padanya apa yang berlaku. Dia mengambil bacaan tekanan darah di sebelah tangan kiri…kemudian diambil lagi…kemudian di menukar untuk mengambil bacaan tekanan di sebelah kanan. Dia berhenti mengambil bacaan. “I don’t think the reading is high. 14o for me, is not high and if it above 140, then it is a bit high. You’re a bit excited, that’s why your reading goes up..”katanya. “And for the previous case you had while you are a little boy, it’s easily goes off,” katanya lagi. Kemudian dia menjalankan ujian ultrasound ke atas urinary system. “Your kidney is ok. I don’t think your kidney has problem”. Alhamdulillah, lega sedikit mendengarnya. Kemudian aku ceritakan ubat yang telah diberi oleh Dr Khor di hospital. “If I were you, I won’t take the medicine. Just go for exercise,”. Pergh, nasib baik aku tak makan lagi ubat tu.

Alhamdulillah, sesi bersama Dr Low sedikit sebanyak menenangkan aku. Namun, aku masih perlu berjumpa dengan Dr Khor, doktor hospital kerajaan untuk update ujian2 yang telah dibuat. Aku berharap, keputusan yang bakal dikeluarkan tetap negatif mengatakan aku menghidap penyakit buah pinggang.

Mudah-mudahan, dengan sedikit amaran gempar yang telah ditentukan oleh Allah kepadaku di Loh Mahfuz, membuatkan aku terus istiqamah di jalan-Nya. Terasa dekat benar hidup ini di penghujung jalan…gelisah memikirkan suasana itu. Dapatkah aku bersama mereka yang telah ditunjukkan jalan lurus dan mendapat nikmat? Atau bersama mereka yang dimurkai dan disesatkan olehNya? Itulah, semuanya bila Allah berbicara…

-wallahua’lam-





Bingkisan fikrah buat tua dan muda…

25 10 2009

Assalamualaikum. Lama tak update. Kurang masa untuk update berita2 terkini. Sedikit muhasabah yang baik dari blog Ustaz Nasrudin Tantawi.

BINGKISAN FIKRAH UNTUK PEMUDA

1. Sejak sekian lama , kini perjuangan kita seperti ketiadaan “umph” . Bertugas dan bekerja dengan hambar . Terkadang dihambat rasa letih dan bosan .

2. Dulu perjuangan ini segar dengan ruh amal Islami dan diperkaya pula dengan pelbagai istilah dan gerakkerja amal jamaei , amal fardi dan amal ijtimaei .
3. Masih saya ingat , selain usrah saban minggu , jamaah kita hebat dengan tamrin di penghujung bulan dan 2 atau 3 kali dalam setahun akan ada aktiviti rehlah dan mukhaiyyam , namun segalanya kini hanyalah menjadi kenangan manis . Tiada lagi qiamulail dan muhasabah perjuangan di waktu dinihari bimbingan sang murabbi yang diberikan thiqah dan wala’ tidak berbelah bahagi .
4. Ukhuwwah cukup erat dan intim . Sering sahabat seperjuangan menyapa kita dengan ” Ana Uhibbuka fillah Ya akhi ” sebaik memberi salam dan berpelukan menemukan pipi – pipi merah yang menahan getir perjuangan ini . Ziarah dan bertanya khabar menjadi rutin yang cukup halus kesannya kepada kita sesama jamaah . Menangis kita apabila mendapat khabar sahabat seperjuangan sakit atau ditimpa musibah .
5. Cepat kita menolak segala tohmahan yang cuba dilemparkan kepada sahabat seperjuangan . Nilai ukhuwwah antara kita sungguh mantap . Tak siapa mampu merobeknya dan tak mungkin lahir perasaan cemburu antara kita . Manakan tidak ….. Makan setalam , tidur sebantal dan musafir sekenderaan , bersulam doa rabitah yang diaminkan bersama sejurus selesai melazimi wirid al ma’thurat saban pagi dan petang .
6. Buku – buku haraki senantiasa di tangan , sementara bibir pula rajin melazimi usul isyrin agar lancar di lidah sesudah dihafal untuk menjadi kaedah dalam berjuang menyelesaikan kekusutan berfikrah . Tugasan dakwah dilaksana penuh dedikasi sebaik sahaja menghabisi kertas kerja dan amanat pimpinan dalam pertemuan – pertemuan bulanan seperti Liqa’ Fikri atau seminar penerangan .
7. Semangat jihad berkobar – kobar , merasakan setiap gerakkerja jamaah biarpun di medan siasah adalah ibadah yang menghasilkan pahala . Ceramah para pimpinan banyak berkisar erti perjuangan atau pemantapan aqidah dan akhirnya barulah disudahi dengan perkembangan isu semasa . Audien menerima secara seimbang antara kesedaran isu semasa dengan fikrah dan aqidah perjuangan .
8. Timbul masaalah , segera kita cari naqib atau terus kepada pimpinan untuk mengatasinya. Masing – masing menutup masaalah dan aib saudara masing – masing kerana mengutamakan kekuatan jamaah dan tugas perjuangan yang lebih besar . Cepat melupakannya serta segera memaafkan . Masaalah tidak menjadi kudis gatal kepada pejuang kerana ukhuwwah islamiyyah yang tebal segera merawatnya .
9. Mesyuarat dengan penuh mesra . Menghargai pandangan sahabat seperjuangan malah sering mendahulukan pandangan sahabat dan pimpinan sekalipun kita mempunyai pandangan yang berbeza . Rasa bangga apabila pandangan sahabatlah yang diterima dan fikrah perjuangan menjadi seia sekata . Walau berbeza dan berselisih pandangan sesama sendiri , tidaklah meninggi suara jauh sekali untuk memperbodohkan sahabat dan pimpinan sendiri . Mesyuarat menjadi pertemuan yang cukup menyeronokkan malah dinanti – nanti . Sebulan dirasakan setahun untuk bertemu kembali dengan sahabat seperjuangan .
10. Semua itu menjadi “umph” dalam perjuangan ini . Ia adalah nostalgia indah disemi pula oleh alunan nasyid jihad dan perjuangan . Sekali sekala asma’ul husna memecah kesunyian dan menjadi muqaddimah kepada setiap pertemuan dan mesyuarat .
11. Sedihnya hari ini rasa “umph” itu telah hilang . Zaman semakin canggih malangnya ukhuwwah semakin dhoif . Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api . Nak bercakap rasa tak kena , tak bercakap rasa salah . Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala , kalau sempat pun sekadar bersalam tangan . Rasa sukar untuk mendekap pipi , sebab masing – masing sibuk memburu waktu entah nak kemana …. kalau peluk semua ahli mesyuarat , terpaksa mengambil masa yang agak lama . Ada yang rasa janggal dan geli geleman …..
12. Makan secara layan diri kemudian berasingan melayan perasaan . Memandang sahabat seperti musuh . Ya … musuh dan saingan politik kerana kita tidak lagi berjamaah tetapi berpolitik . Menyertai PAS bukan lagi menyertai Gerakan Islam tetapi menyertai parti politik yang berjuang atas nama Islam .
13. Hadhir mesyuarat seperti menghadhiri parlimen untuk berdebat dengan musuh . Pantang keluar pandangan berbeza ditingkah segera agar ditarik balik kenyataan layaknya seperti diparlimen bukan dalam mesyuarat yang penuh kasih dan sayang . Tidak lagi bermula dengan al mathurat dan doa rabitah . Asmaul Husna tidak kedengaran langsung. Jiwa menjadi kasar dan keras . Mudah terasa dan sangat sensitif yang menghela ke arah sengketa .
14. Adab bermesyuarat dan mengemuka serta berbeza pandangan telah hilang entah di dalam buku haraki mana yang tidak lagi dibaca kini . Nak baca macam mana , usrah pun sudah 5 tahun tidak hadhir . Terma – terma jamaah yang selalu disebut dalam usrah dulunya kini UMNO pula yang pakai kerana kita telah tidak lagi menggunakannya seperti wehdatul fikri , wehdatul amal dan sebagainya .
15. Mesyuarat sebelum mesyuarat , mesyuarat dalam mesyuarat dan mesyuarat lepas mesyuarat sudah jadi rutin . Akhirnya tidak tahu keputusan mesyuarat mana sebenarnya yang original dan valid untuk dilaksanakan sebagai kata putus . Sebab , sebelum masuk mesyuarat , perkara yang nak dibincangkan sesama kita sahabat seperjuangan sudah dibincang oleh entah komiti mana lalu masuk membawa keputusan yang telah direncanakan . Jika putus sesuatu pula dalam mesyuarat itu , ia seperti boleh dirombak oleh mesyuarat yang bakal menyusul selepas mesyuarat tersebut biar pun hanya di kedai kopi .
16. Memang aneh cara kita berjamaah di zaman moden ini . Hilang “umph” dan yang timbul ialah rasa curiga mencurigai antara satu sama lain . Suasana senantiasa tegang dan panas . Bila – bila masa boleh mencetus perbalahan . Masing – masing dok tunggu tuning point sebagai masa nak bertindak .
17. Hati kita menjadi jauh walau kita sepejabat . Sorotan mata bila memandang sesama kita kering kontang tanpa nilai ukhuwwah dan kasih mesra . Seperti merenung musuh , kalau tidak pun seperti menaruh rasa jengkel dan benci sesama kita . Ada sahaja yang tidak kena dan hati senantiasa tidak puas .
18. Rasa hormat sesama kita sahabat seperjuangan semakin pudar semangat khidmat kepada jamaah juga semakin luntur . Bertindak dalam paksa jangan sampai orang kata kita tidak buat kerja . Kemanisan dalam melakukan kerja dan tugas jamaah tidak terasa , kalau pun masih terasa hanya sekadar manis – manis buah jambu separuh masak atau sekadar manis gula Melaka .
19. Terma – terma asas perjuangan Islam seperti jihad , negara Islam , hudud , mukhayyam tarbawi , usrah , harakah Islamiyyah , naqib , ukhuwwah fillah dan lain – lain kini sukar untuk dilafaz kepada umum . Kalau menyebutnya juga akan dikatakan tidak bijak , tidak kena timing , keterlaluan , non muslim tidak akan mengundi kita , kolot dan macam – macam lagi sms akan masuk menempelak .
20. Kini “umph” dalam berjamaah dan berjuang tidak terasa lagi . Seperti menghirup Tom Yam yang tawar tanpa garam dan rencah . Habis semangkuk , perut boleh kenyang tetapi umphnya tiada . Bagaimanalah kita nak mengembalikan semula umph dalam perjuangan ini ?

Harapan saya , agar pemuda dapat menikmati semula umph tersebut . Untuk itu , pemuda mesti ada “umph” iaitu Usrah Mantap Pemuda Hebat [ UMPH ] .





Truly Malaysian? Tourism Minister wants to stake claim on popular dishes

18 09 2009

KUALA LUMPUR, Sept 18 — Malaysia is starting a food fight.

Laksa, nasi lemak, Hainanese chicken rice, chilli crab and bak kut teh are all Malaysian dishes, Tourism Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen declared.

On Wednesday, Dr Ng accused other countries of “hijacking” local dishes such as laksa and nasi lemak, and said it was high time that Malaysia claimed them as Malaysian.

“We cannot continue to let other countries hijack our food,” she said, without naming the countries.

“Chilli crab is Malaysian. Hainanese chicken rice is Malaysian. We have to lay claim to our food,” the minister said after she launched the Malaysia International Gourmet Festival.

But some food critics disagreed, saying that it would not be possible for a country to claim ownership over the dishes.

Celebrity chef Rohani Jelani said that food in general is not politically divided.

As people move from one country to another, they also take with them the recipes of their favourite food.

“I think it is difficult to claim ownership or to say exactly what food originated from where. This is because there are no boundaries when it comes to food,” she told The Straits Times.

Singapore food celebrity K.F. Seetoh agreed that it would be impossible for anyone to claim ownership over food, even if a certain dish is easily available at a certain place.

“It is better to lay claim by association,” he suggested.

“For example, burgers are not from America, but they are associated with America,” said Seetoh, who hosts popular TV show Makansutra on the Asian Food Channel.

Dr Ng said that her ministry was identifying the popular dishes, which are also available in neighbouring countries, and would declare them as Malaysian in the next three months.

“We have identified laksa… all types of laksa, nasi lemak and bak kut teh,” The Star newspaper quoted her as saying.

But she did not say how her ministry would label the dishes as Malaysian.

The Tourism Minister’s announcement came as Malaysia and Indonesia were working hard to resolve a dispute alleging that Malaysia “stole” Indonesian culture such as batik and claimed it as its own. — The Straits Times





Tamrin Ramadhan…

13 09 2009

Program Tamrin Pemuda semalam menarik dan ada kelainan berbanding tamrin2 sebelum ini.

Program yang serba ringkas, bermula dari berbuka puasa, modul pertama bermula. Berbuka dengan kuih-muih dan bubur lambuk, agak mengejutkan buat beberapa peserta. Ada yang sebelum berbuka, menarik tangan penganjur bertanya, “Takdak nasik ka?”. Mendengarkan soalan itu, penganjur menjawab “Takdak”. Tak pasti kecewa, sedih atau pun selamba mendengarkan jawapan tu. Akan tetapi, itulah hakikatnya apabila tuan rumah lewat diberikan duit untuk membeli barangan.

Selesai solat Maghrib peserta tamrin yang tidak berapa ramai memandangkan ramai yang tidak hadir, kembali ke meja makan. Menghadap saki baki kuih dan bubur lambuk, peserta tidak berkata banyak. Sebat je! Janji masuk perut…nak tunggu menu seterusnya, lepas tarawih.

Azan Isyak berkumandang. Solat Isyak dan tarawih dikerjakan. Memandangkan masa tidak banyak terisi, ketua pemuda meminta dibuat 20 rakaat untuk mengisi masa lapang. Selesai tarawih 20 rakaat, beserta 3 rakaat witir, peserta ke meja makan sekali lagi…kali ini menu kedua menyusul..bihun goreng. Sambil bersembang memenuhi masa dan merapatkan ukhuwah, acara melipat kad raya untuk diedarkan ke PASTI turut sama dibuat.

10 minit sebelum ke pukul 12, sedikit liqa’ ringkas diadakan. Taarruf ringkas dan dialog diadakan bersama Ustaz Akmal selaku wakil pemuda negeri. Seterusnya, sesi wajib naum pun bermula meskipun ramai yang masih mengaum….

Sehingga 30 minit sebelum ke pukul 4, seorang sahabat datang dan bertanya, “handphone ada?” kerana seorang peserta telah hilang handphone. Melihat handphone di sisi, saya mengatakan ada, sambil mata melihat handphone yang kedua yang di”charge” pada malam itu. “Alamak, dah hilang”. Bermula sesi mencari. 2 handphone hilang pada malam itu. Dipendekkan cerita, dalam pukul 4.15 pagi, handphone pertama yang telah diset “alarm”nya ditemui di dalam bonet kereta seorang sahabat.

Handphone kedua pula akhirnya ditemui setelah sahabat yang mengambil itu mengaku mengambilnya. Alhamdulillah, diperkenankan oleh Allah untuk bertemu semula dengan handphone itu . Selepas itu, solat dimulakan kira2 jam 4.30 pagi.

Alhamdulillah, sesi tamrin semalam menyajikan modul yang amat “real”, tarbiyah dari Allah buat peserta tamrin semalam. Alhamdulillah, dalam sejam proses mencari, akhirnya ditemukan kembali oleh Allah kedua-dua handphone itu dengan tuannya kembali. Cepat benar doa dimakbulkan pada malam tadi… agaknya malam Lailatul Qadar kot? Amin…

p/s : kata Ustaz Fahmi, agaknya kalau di sekolah, teruk budak tu kena… Nasib baik atas nama tarbiyah ja…. Subhanallah, indahnya berjemaah…

-Wallahua’lam-





Catchy Headlines…

7 09 2009

Assalamualaikum. Salam Ramadhan.

Headline akhbar Utusan pada 6 September cukup memberikan gambaran betapa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional kepingin untuk menjatuhkan dan memerintah kembali negeri Selangor.

Berita utama

Pakatan gagal tadbir Selangor

Pembangkang tiada kredibiliti memerintah

Pembangkang gagal laksana tugas

Kesemua headline di atas disiarkan pada Utusan 1Malaysia pada satu hari.

Siapa yang gagal?? Siapa yang menggagalkan?? Klik pada link ini. Tulisan Zainulfaqar yang berada di tempat kejadian. Ini pula tulisan beliau mengenai konspirator isu ini.

Baca, fikir, nilai.





Selamatkan Uda dan Dara Dengan Hikmah Puasa

6 09 2009

– Artikel ini diambil daripada Saifulislam.com. Sebuah artikel yang bermanfaat untuk meningkatkan kefaqihan kita berkenaan ibadah puasa. –

“Ustaz, rasanya saya ni memang dah sampai ke tahap wajib untuk kahwin,” kata seorang mahasiswa.

“Kalaulah anta juga sudah memang sampai tahap wajib berjihad!” saya mengusik.

“Err…” beliau kebingungan.

“Ana gurau je. Apa yang membawa anta berjaya sampai ke tahap wajib kahwin ni?” saya mengajak beliau kepada diskusi.

“Ye lah, hari-hari terserempak di kuliah. Hari-hari terserempak di kafe. Susah nak elak!” ujar beliau dengan nada serius.

“Oh, susahlah macam tu. Kalau anta sentiasa terpaksa berkahwin dengan orang yang anta terserempak hari-hari, jenuh la masa kerja di KLCC nanti. Ramai orang ‘hebat’ yang anta bakal terserempak setiap hari!” saya cuba mencuit perasaannya.

“Ustaz! Tak membantu langsung la macam ni!” kata beliau dengan nada agak kecewa.

“Haha, janganlah kecil hati. Ustaz mengusik aje. Tapi dalam usik tu ada kebenarannya. Betul tak?” saya menepuk bahunya.

Beliau tersengih.

“Kalau anta yakin yang anta sudah sampai ke tahap wajib kahwin, apa yang menghalangnya?” saya bertanya lagi.

“Segalanya, ustaz. Ibu bapa, penaja, financial dan seluruh petala langit dan bumi!” kata beliau dengan nada dramatik.

Saya ketawa. Antara kasihan dan geli hati.

“Hmm, kalau begitu nampaknya anta kenalah berpuasa sebab sudah ada keinginan yang tinggi, tapi belum ada kemampuan,” saya berkongsi.

“Puasa tu puasa dah ustaz. Tapi keinginan tu tak pernah pudar. Zaman student macam ini memang selalu terpaksa puasa pun. Terutamanya hujung bulan. Kalau tak mee segera, puasalah jawabnya!” tambah beliau lagi.

“Puasa yang macam itu tidak membantu anta. Ia bukan latihan. Ia bukan puasa yang dimaksudkan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam,” saya seperti sudah bertemu dengan salah satu ‘masalah’ anak muda ini.

“Maksud ustaz?” beliau meminta huraian.

PUASA SEBAGAI BENTENG

wijaa

“Wahai sekalian anak muda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan maka bernikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata serta lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” [Muttafaq ‘Alaih]

Itu pesanan Rasulullah Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada anak muda yang berkeinginan tetapi belum berkemampuan.

Mereka disarankan berpuasa kerana puasa itu mampu bertindak sebagai benteng yang menghalang dirinya menjamah larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Namun, mekanisme puasa sebagai benteng perlu difahami. Andai benteng itu hanya benteng sekadar mengempang keinginan, risikonya tinggi. Tembok empangan itu bisa pecah kalau tekanan yang tolak menolak antara air dan empangan dibiarkan tanpa pengawasan.

Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan puasa yang mendidik gelora anak muda.

Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan puasa yang berfungsi mentarbiyyah nafsu yang berkeinginan tinggi.

Sebaliknya jika kita ada segalanya untuk dimakan, lalu kita memilih untuk tidak makan kerana mahu mentaati Allah, maka barulah ia jadi sebuah latihan.

Apakah latihan itu?

Latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri kerana mahu mentaati Allah. Latihan yang meningkatkan daya kawalan diri.

BUKAN HANYA PUASA RAMADHAN

Inilah yang mesti dihayati oleh anak muda yang berpuasa kerana menahan diri dari nikah seketika. Ia mesti berlaku dalam keadaan kita sedar apa yang sedang kita lakukan, maka barulah ia berperanan sebagai tarbiyyah ke atas diri. Puasa itu bukan menyekat kemahuan bernikah semata-mata, antara terbit mentari hingga tenggelamnya suria. Jika puasa sekadar itu, jiwa akan menjadi ganas memberontak di kelam malam!

Sebaliknya puasa itu harus dihayati sebagai latihan untuk berkata tidak.

Belajar untuk meningkatkan kawalan diri.

Apatah lagi dengan puasa sunat yang dilakukan ketika manusia lain tidak berpuasa. Ia benar-benar satu latihan untuk diri kita berkata TIDAK kepada banyak kemahuan diri yang boleh diketepikan seketika, demi mentaati Allah.

KESAN HIDUP YANG KONDUSIF

Dalam suasana kehidupan kita yang semakin kondusif, hampir sahaja mendapat apa yang diinginkan, apa yang terkorban adalah kekuatan diri untuk mengawal keinginan. Apa hendak semua dapat, ketika kehendak itu hanya pada membeli buku, membeli pakaian, membeli gajet atau melancong ke sana sini. Tetapi tatkala kehendak itu adalah pada sebuah NIKAH, ia bukan lagi semudah mengisi kehendak-kehendak yang lain.

Ada banyak yang perlu dipertimbangkan.

Justeru mungkin pengalaman mahu bernikah menjadi pengalaman pertama si anak muda berdepan dengan situasi tidak mampu mencapai impian dan keinginan. Namun dek kelemahan diri yang sukar untuk berkata TIDAK dan menundukkan kemahuan kerana sudah biasa dapat apa sahaja yang dihajat, kebijaksanaan minda dan ketinggian mata akademik bagai kosong dari sebagai nilai jati diri.

Tumpas.

Manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri, mereka menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri. Manusia ini disesatkan oleh Allah, biar pun dengan ilmu yang berlapis tujuh di dada dan minda.

“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [al-Jaathiyah 45: 23]

Itulah bencana lemah kawalan diri.

Sentiasa terpaksa mengikut apa sahaja yang diinginkan hingga tidak mampu berkata tidak di mana perlu.

Justeru bagi anak muda yang sedang sampai tahap wajib kahwin namun terhalang oleh 1001 halangan, wajibkanlah dirimu dengan jihad mengawal nafsu dan keinginan diri.

KESIMPULAN

Setiap kali seorang anak muda berpuasa, ingat-ingatlah kepada pakejnya yang diberikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

akupuasa

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Puasa sudah diberi sebagai wija’.

Ia hanya berperanan sebagai latihan apabila puasa itu menahan diri daripada:

  1. Makan
  2. Minum
  3. Perkara-perkara lagha dalam kehidupan
  4. Perkara-perkara lucah atau yang bersangkutan dengan naluri seksual
  5. Bertindak reaktif membalas provokasi.

Jika puasa untuk menangguh nikah hanya dibuat dengan menahan diri daripada makan dan minum, ketahuilah ia tidak akan bertahan. Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara yang lagha dalam kehidupan seharian. Sibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat.

Seorang anak muda juga harus mencegah dirinya daripada perkara-perkara rafas, yakni sebarang aktiviti yang menjurus kepada rangsangan seksual. Baik dalam bentuk percakapan, fikiran atau pun tindakan perbuatan.

Seorang anak muda juga, di samping puasa makan minumnya, harus belajar untuk tidak menjadi hamba perasaan. Jangan emosional. Belajar mengawal diri dan mampu mengawal keinginan daripada bertindak hasil dorongan perasaan dan bukannya fikiran.

Puasa bukan empangan yang menanti pecah.

Ia adalah tarbiyyah dari Allah untuk kalian proaktif, memilih tindakan hasil saringan dan bukannya bertindak mengikut rangsangan dan perasaan.

“Alhamdulillah. Terima kasih ustaz,” kata anak muda itu.

“Sama-sama” saya menjawab.

“Cuma, macam mana kalau saya faham semua nasihat ustaz itu tetapi tiada kekuatan untuk melaksanakannya?” soalan tambahan pula diajukannya.

“Oh, senang sahaja. Ambil tangan letakkan kepada api!” saya memberi simpul mati.

“Oh, hehe!” ketawa beliau kerana sudah tiada apa yang mahu disoalkan lagi.

Anda berusaha.

Kami doakan.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG





Aduhai 1Malaysia…

6 09 2009

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ramadhan.

Semakin tidak stabil politik di Selangor.

Itulah yang boleh saya katakan melihatkan semua headlines akhbar2 utama. Bermula dari isu Ronnie Liu, isu arak, dan kemudian isu kuil a.k.a kepala lembu. Semuanya memberikan gambaran betapa tidak stabilnya kerajaan Selangor sekarang ini. Maka bergembiralah konspirator2 perancangan yang maha jijik ini…. “Pakatan Rakyat tidak stabil” antara headline yang paling gemar digunakan sebagai headline akhbar2 utama, bagi mempengaruhi minda pengundi2 yang tidak tetap pendiriannya. Tapi, saya yakin kita lebih bijak menilai selepas menyaksikan video ini. Semat dalam kepala, ada 2 pihak dalam video ini. Satu kerajaan PR, yang menentang pula ingin jadi hero rakyat.

Melihatkan video dari malaysiakini.com ini, sedih melihatkan mentaliti rakyat2 1Malaysia ini. Sudah lebih 50 tahun negara ini merdeka, ini sebenarnya pekung yang disimpan dalam hati rakyat 1Malaysia. Perpaduan yang dilaungkan hanyalah untuk menyelamatkan periuk nasi individu2 tertentu sahaja.

Sudah terang lagi bersuluh kegagalan pembawaan UMNO yang kononnya menjadi ketua di dalam Barisan Nasional. Penyatuan dalam kamus mereka tidak lebih dari memegang leher kaum lain supaya tidak bangun memberikan penentangan.

Saya yakin dan percaya isu ini akan dihangatkan lagi dalam PRK DUN Bagan Pinang yang akan menyusul ini.

Seperkara lagi, seperti yang disiarkan dalam post sebelum ini, tahniah diucapkan kepada penentang isu arak di Selangor sebelum ini, beserta Datuk Seri Najib Tun Razak atas majlis yang gilang gemilang yang akan mengangkat martabat Malaysia di mata dunia.

Apa2 pun Ramadhan masih berbaki. Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia baik UMNO, PAS dan seluruh masyarakat muslim di Malaysia…mari kita sama2 berdoa moga Allah melepaskan kita daripada azab seksa api neraka… Mudah-mudahan kita beroleh syurganya…

Jepun sudah menunjukkan contoh pembangkang boleh menjadi pemerintah…ayuh kita teruskan dasar pandang ke timur!! Jom ubah!!

-Wallahua’lam-








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.